KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — MAA Takaful Bhd telah mengumumkan pulangan penarik bagi dana berkaitan pelaburannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2010.
Di bawah dana ekuiti dan seimbangnya, katanya unit bonus bagi Shariah Growth Fund ialah 16 unit bagi setiap 100 unit yang dipegang, yang mewakili pulangan 21.82 peratus manakala Shariah Balanced Funds memberikan 13 unit bagi setiap 100 unit yang dipegang atau pulangan 16.69 peratus.
Sementara itu, Shariah Flexi Fund mencatatkan pulangan 5.77 peratus, kata syarikat pengurusan dana itu dalam satu kenyataan di sini Khamis.
Katanya dana pendapatannya telah mengumumkan dividen 2.0 sen seunit bagi Shariah Income Fundnya, yang mewakili pulangan 5.44 peratus.
“Pengisytiharan itu mencerminkan pulangan yang menarik bagi dana berkenaan kerana kedua-dua Shariah Growth Fund dan Shariah Balanced Fund terus menerima penarafan nombor satu di kalangan dana takaful yang sama di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Salim Majid Zain.
Katanya MAA Takaful juga merupakan satu-satunya pengendali takaful di Malaysia menawarkan Shariah Flexi Fund.
– BERNAMA
Your reference for Islamic Financial Services httpps://www.wasap.my/60192767197/kerjaya.Email:intanshaary@gmail.com)Saya perlukan anda bersama kami......
Monday, January 31, 2011
Sunday, January 30, 2011
RAKYAT MALAYSIA LIVING ON BORROWED CASH?
J. D. Lovrenciear
Malaysians - all working rakyat are living on borrowed cash. Education on loan; car loan; housing loan; credit card repayment; and personal loans to even wed - Period.
The monthly salary is hardly enough to plug all the monthly re-payments. Just check the wallets of all those going to work every day. There is just enough Ringgit to pay for transport and cheap meals.
And do we call this progressive and developing world-class rated nationhood?
If one has travelled through the neighbouring countries, he/she would notice that although the people in these countries may appear poor to our own eyes, they are a lot better off than us.
Their citizens do not live on borrowed money. They eat better. They go to sleep with less financial nightmares. They live a comparatively simple but abundant life.
We, despite all the trappings, are saddled with the burdens of borrowed money month after month.
And with the escalating price of consumer goods, the cracks are appearing rapidly on our social fabric. Here when the government says the prices have been checked and kept at previous levels, it begs explanation.
The rakyat know that the same bowl of noodles that they eat today is not the same with that of last month. The quantity has reduced significantly. Likewise for a whole lot of other daily food items.
How long can Malaysians live through these make-believe 'developing and progressive' labels that politicians are ever too quick to proclaim?
On that same token, just take a look at how the family members of cabinet members live. Pay a courtesy call to their homes (if only that is so easy to do). Take a look at the expensive and opulent wealth oozing from their cupboards and armchairs. Never mind the stable of dream cars.
Look at the jewels that choke the necks and arms of the ministers' wives. Examine the holidays their families are basking in.
And let us not be hoodwinked by the defence that that it is their benefit owing to their spouses' service to the nation.
These are very troubling moments in the history of the world. We are today witnessing new chapters being written in several countries already, like Tunisia, Egypt, and perhaps many more would follow.
For us Malaysia can avoid the rough road to freedom if only we can have a government that repents in time and a rakyat that works with a resolute will to bazooka the widespread corruption.
Otherwise, when a global financial disaster goes out of control, we may all wake up with an empty kitchen minus a roof over our heads, while the wealthy take flight.

Saturday, January 29, 2011
Perlahankan Usia Tua Anda
RAMAI tidak sedar mereka sebenarnya lebih sayang kepada kereta daripada diri sendiri. Eh... ramai tidak mengaku? Baiklah, berapa kerap anda menghantar kereta untuk diservis supaya ia sentiasa dalam keadaan baik? Ada menjawab setiap 5,000 kilometer dan ada pula yang lebih, bergantung kepada jenis minyak pelincir digunakan.
Sekarang jawab soalan ini dengan jujur. Berapa kerap anda ‘servis’ diri sendiri iaitu berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan kesihatan badan, gigi dan mendapatkan suntikan vaksin yang disarankan?
Atau sekurang-kurangnya melakukan ‘servis’ ringkas setiap hari dengan bersenam 20 hingga 30 minit, menjaga makan dan mendapat rehat secukupnya? Setahun sekali atau beberapa tahun sekali, itu pun apabila berasa tidak sihat?
Umur yang muda dan ‘rasa sihat’ tidak boleh dijadikan penentu bahawa kita benar-benar sihat kerana banyak penyakit bersarang dalam diam dan tidak menunjukkan sebarang tanda hinggalah ia menjadi serius.
ahukah anda, gaya hidup tidak aktif dan kurang menitikberatkan soal pemakanan antara laluan pantas ke arah penuaan, kata Perunding Geriatrik dan Perubatan Dalaman, Dr Rajbans Singh.
“Biasanya apabila menyebut perkataan ‘umur’, kita merujuk kepada berapa lama seseorang itu hidup atau kiraan tahun sejak dia dilahirkan. Kiraan umur sepatutnya diubah kepada berapa muda atau tua badan seseorang berdasarkan tahap kesihatan dan kecergasannya.
“Usia badan dua individu yang sama umurnya boleh berbeza; badan seseorang itu lebih tua jika dia menghidap penyakit. Malah ada juga orang tua usia tetapi mempunyai badan yang muda umurnya dan inilah sasaran yang hendak kita capai.
“Semakin kita berumur, kita sepatutnya jadi lebih sihat dan cergas, terutama selepas bersara. Inilah masanya untuk kita bermain bola sepak atau belajar komputer dan melayari Internet bersama cucu.
“Ia bukan perkara mustahil kerana kajian ke atas orang tua atau warga senior (berumur 60 tahun ke atas) di luar negara mendapati selepas setahun menjalani latihan cergas, ada yang mampu berlari pecut 100 meter dalam masa 13 saat. Kalau mereka boleh, tentu kita pun boleh walaupun mungkin pencapaian tidak sehebat itu.
“Apabila saya bertanya siapa mahu hidup sehingga 100 tahun, jarang ada peserta forum kesihatan mengangkat tangan. Semua menganggap apabila berumur 100 tahun kita akan jadi bongkok, penglihatan kabur, pendengaran tidak jelas, jalan bertongkat dan terpaksa bergantung hidup pada orang lain untuk aktiviti harian.
“Ini persepsi kita pada orang tua, sedangkan ramai membuktikan mereka masih boleh hidup cergas dan sihat pada usia begini,” katanya ketika pelancaran Program Kesejahteraan Warga Senior anjuran Pusat Perubatan Prince Court.
Persediaan menuju alam ‘tua’ perlu dilakukan dari sekarang kerana jumlah warga senior di seluruh dunia semakin meningkat dengan kemajuan bidang perubatan dan kesedaran menjaga kesihatan yang dijangka mencecah 976 juta pada 2025 berbanding 500 juta pada 2006. Daripada jumlah ini, 72 peratus tinggal di negara membangun.
Bukan jumlah warga senior saja yang meningkat, bahkan jangka hayat juga semakin panjang. Di United Kingdom contohnya, jumlah penduduk berumur 100 tahun bertambah daripada lima orang pada 1960 kepada 50,000 orang pada 1998. Manakala Amerika Syarikat pula mempunyai 70,000 penduduk berumur 100 tahun pada 1997.
Menurut Dr Rajbans, keadaan di negara kita juga sama dan jangka hayat penduduk bertambah panjang (purata 76 tahun bagi lelaki dan 78 tahun bagi wanita).
Malah jumlah penduduk berumur 65 tahun ke atas melonjak daripada 800,000 pada 1995 kepada 900,000 orang pada 2000 dan berdasarkan statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), jumlah warga senior di Malaysia mencecah tiga juta orang.
Malangnya, ramai daripada penduduk kita mati muda akibat penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, strok, kencing manis, tekanan darah tinggi, artritis dan penyakit lemah daya tahan badan.
Semua penyakit ini, jika tidak dikawal, boleh menyebabkan pesakit hilang keupayaan berdikari, tidak boleh bergerak dan terpaksa bergantung kepada orang lain untuk menjaga mereka.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kematian akibat penyakit kronik ini akan meningkat daripada 35 juta kepada 41 juta menjelang 2015.
Di Malaysia, jumlah kematian di hospital kerajaan yang dicatat akibat penyakit tidak berjangkit ini (kanser, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis) ialah 17,667 kes.
Mengapa warga senior berbeza?
Penuaan adalah proses semula jadi yang tidak boleh dielakkan tetapi mampu diperlahankan. Apabila umur meningkat, seluruh badan kita mengalami pelbagai perubahan di segi fizikal, psikologi dan emosi.
Antara perubahan ini ialah penglihatan semakin kabur, semua organ dalam badan (sendi, tulang, jantung, hati dan sebagainya) mula ‘mengecut’ dan fungsinya menurun perlahan-lahan; kulit mengendur dan kering; lemak mula berkumpul dalam badan; otot menjadi lebih kecil, berat badan bertambah; ketumpatan tulang menyusut dan mendedahkan seseorang kepada risiko osteoporosis; pendengaran merosot dan tindak balas menjadi lebih perlahan kerana deria penglihatan dan dengar merosot.
Dr Rajbans berkata, antara aduan yang sering diterima daripada warga senior ialah sakit sendi (artritis), sakit belakang, osteoporosis, masalah pendengaran dan penglihatan, kurang daya ingatan, kemurungan, kurang selera makan, susah tidur pada waktu malam dan cepat penat.
Namun, yang lebih dikhuatiri ialah kesan daripada gejala disenaraikan di atas, terutama jatuh - yang berlaku pada satu pertiga warga senior di seluruh dunia, kata Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Rameezan Begam Abd Rahim.
Daripada jumlah itu, kira-kira tiga hingga lima peratus menyebabkan kepatahan tulang. Kajian menunjukkan 90 peratus kepatahan tulang (termasuk keretakan) berlaku pada tulang pinggul, punggung, lengan, tulang belakang dan tengkorak yang menyebabkan warga senior hilang keupayaan untuk bergerak.
“Apabila tidak boleh bergerak, akan timbul pelbagai masalah lain seperti kemerosotan otot, sendi hilang keanjalan, ulser tekanan (pada kulit yang sentiasa mengalami tekanan) dan masalah pembentukan darah beku dalam salur darah besar akibat terlalu lama terlantar.
“Kemerosotan otot sangat cepat berlaku pada warga senior. Jika sehari terlantar atau tidak bergerak, mereka boleh kehilangan dua hingga tiga peratus daripada jisim otot.
“Malah jatuh juga boleh menyebabkan warga senior ini hilang keyakinan diri, mengurangkan aktiviti sosial, malah ada yang tidak mahu aktif semula kerana bimbang terjatuh lagi,” katanya.
Antara punca jatuh yang paling biasa ialah:
Penyakit — seperti strok, kencing manis, katarak, artritis, Parkinson dan dementia (nyanyuk).
Pengambilan ubat — yang menyebabkan rasa mengantuk dan kurang peka. Ini termasuk ubat untuk tekanan darah tinggi dan ubat tidur.
Persekitaran — lantai licin, terlalu banyak hamparan atau permaidani kecil, terpijak objek kecil atas lantai, lampu malap dan ketiadaan susur tangan (palang) yang boleh membantu warga tua berjalan.
Penuaan — ini disebabkan fungsi penglihatan, pendengaran, keseimbangan, gerak tindak balas yang semakin merosot.
Sosial — tinggal sendirian, terlantar lama, masalah tidak cukup zat (menyebabkan lemah).
Tua dan sejahtera
“Apabila mengalami gangguan kesihatan disebabkan peningkatan umur, jangan kata ia perkara biasa dalam proses penuaan; sebaliknya segera dapatkan bantuan dengan berjumpa doktor supaya boleh menjalani rawatan atau rehabilitasi.
“Jangan tunggu sehingga kesakitan tidak boleh ditanggung baru hendak berjumpa doktor kerana dalam keadaan ini, tempoh pemulihan akan mengambil masa lebih lama, malah kos rawatan juga lebih mahal.
“Ini sebabnya kita memperkenalkan program kesejahteraan untuk warga senior untuk kesihatan fizikal, mental, psikologi, emosi dan sosial. Ia bertujuan memantau kesihatan warga senior dan mengelak mereka menjadi penghuni hospital. Tahap kesihatan warga senior cepat berubah kerana peningkatan umur,” kata Dr Rameeza.
Menurut Dr Rajbans pula, kesihatan mental juga sangat penting kerana kajian menunjukkan ramai warga senior mengalami masalah kemurungan, terutama yang tinggal sendirian atau kehilangan orang tersayang.
Berdasarkan laporan banci pada 2000, kira-kira tujuh peratus daripada 1.4 juta warga senior di negara ini yang berumur 60 tahun ke atas tinggal sendirian. Mereka bukan saja mempunyai kualiti hidup lebih rendah, malah terdedah kepada risiko jatuh dan masalah kurang zat.
“Masalah kemurungan dan emosi lebih dirasai warga senior yang tinggal di bandar besar. Mereka yang tinggal di kampung boleh keluar melapangkan fikiran walaupun sekadar berjalan-jalan di sekeliling rumah tetapi bagi warga senior di bandar, mereka hidup dalam persekitaran kecil. Hendak keluar, bimbang isu keselamatan.
“Kini jumlah warga senior di bandar jauh lebih tinggi daripada di kampung. Dijangkakan 72 peratus warga senior akan tinggal di bandar bersama anak pada 2020, terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Dengan adanya program kesejahteraan ini mereka bukan saja boleh menjalani pemeriksaan kesihatan, malah berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sosial untuk kesejahteraan minda dan emosi,” katanya.
Banyak cara boleh dilakukan untuk menjalani kehidupan sejahtera, antaranya:
Bersenam setiap hari mengikut kemampuan dan tahap kesihatan masing-masing. Ia penting untuk kekal cergas, menajamkan fikiran dan mengelak penyakit, terutama jantung. Senaman juga memudahkan kawalan penyakit. Individu tidak aktif mempunyai peluang dua kali ganda mendapat penyakit jantung berbanding orang yang kerap bersenam.
Makan makanan seimbang. Jika kurang selera, makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap. Kaedah ini dapat mengelak masalah kekurangan zat. Lebihkan pengambilan makanan mengandungi serat (sayur dan buah), kurangkan makanan berlemak. Ia penting untuk mencegah pertambahan berat badan (yang sangat mudah berlaku di kalangan warga senior) kerana kegemukan meningkatkan risiko mendapat kencing manis, sakit jantung, tekanan darah tinggi dan membuatkan masalah sendi bertambah buruk.
Ambil makanan tambahan seperti pil multivitamin dan kalsium untuk menjaga kesihatan tulang, otot serta kesihatan secara umum.
Minum banyak air masak, berhenti merokok dan elak atau hadkan pengambilan alkohol.
Kekalkan hubungan baik dengan keluarga dan rakan. Luangkan masa menyertai aktiviti kemasyarakatan kerana ia bukan saja membuatkan hidup menjadi lebih aktif, malah ia dapat merangsang minda untuk berfikir.
Sentiasa berhati-hati ketika berjalan untuk mengelak terjatuh. Ini kerana ia menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan sosial.
Dapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum melakukan sebarang senaman atau menyertai program senaman atau mengambil produk kesihatan; terutama bagi mereka yang menghidap penyakit.
Belajar perkara baru seperti komputer untuk merangsang minda. Ia boleh menjadi aktiviti menyeronokkan jika dapat belajar bersama cucu.
Punca jatuh
> Penyakit — seperti strok, kencing manis, katarak, artritis, Parkinson dan dementia (nyanyuk).
> Pengambilan ubat — yang menyebabkan rasa mengantuk dan kurang peka. Ini termasuk ubat untuk tekanan darah tinggi dan ubat tidur.
> Persekitaran — lantai licin, terlalu banyak hamparan atau permaidani kecil, terpijak objek kecil atas lantai, lampu malap dan ketiadaan susur tangan (palang) yang boleh membantu warga tua berjalan.
> Penuaan — ini disebabkan fungsi penglihatan, pendengaran, keseimbangan, gerak tindak balas yang semakin merosot.
> Sosial — tinggal sendirian, terlantar lama, masalah tidak cukup zat (menyebabkan lemah).
Jalani hidup sejahtera
> Bersenam setiap hari mengikut kemampuan dan tahap kesihatan masing-masing
> Makan makanan seimbang
> Ambil makanan tambahan seperti pil multivitamin dan kalsium untuk menjaga kesihatan tulang, otot serta kesihatan secara umum
> Minum banyak air masak, berhenti merokok dan elak atau hadkan pengambilan alkohol.
> Kekalkan hubungan baik dengan keluarga dan rakan
> Sentiasa berhati-hati ketika berjalan untuk mengelak terjatuh
> Dapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum melakukan sebarang senaman
> Belajar perkara baru seperti komputer untuk merangsang minda
Sekarang jawab soalan ini dengan jujur. Berapa kerap anda ‘servis’ diri sendiri iaitu berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan kesihatan badan, gigi dan mendapatkan suntikan vaksin yang disarankan?
Atau sekurang-kurangnya melakukan ‘servis’ ringkas setiap hari dengan bersenam 20 hingga 30 minit, menjaga makan dan mendapat rehat secukupnya? Setahun sekali atau beberapa tahun sekali, itu pun apabila berasa tidak sihat?
Umur yang muda dan ‘rasa sihat’ tidak boleh dijadikan penentu bahawa kita benar-benar sihat kerana banyak penyakit bersarang dalam diam dan tidak menunjukkan sebarang tanda hinggalah ia menjadi serius.
ahukah anda, gaya hidup tidak aktif dan kurang menitikberatkan soal pemakanan antara laluan pantas ke arah penuaan, kata Perunding Geriatrik dan Perubatan Dalaman, Dr Rajbans Singh.
“Biasanya apabila menyebut perkataan ‘umur’, kita merujuk kepada berapa lama seseorang itu hidup atau kiraan tahun sejak dia dilahirkan. Kiraan umur sepatutnya diubah kepada berapa muda atau tua badan seseorang berdasarkan tahap kesihatan dan kecergasannya.
“Usia badan dua individu yang sama umurnya boleh berbeza; badan seseorang itu lebih tua jika dia menghidap penyakit. Malah ada juga orang tua usia tetapi mempunyai badan yang muda umurnya dan inilah sasaran yang hendak kita capai.
“Semakin kita berumur, kita sepatutnya jadi lebih sihat dan cergas, terutama selepas bersara. Inilah masanya untuk kita bermain bola sepak atau belajar komputer dan melayari Internet bersama cucu.
“Ia bukan perkara mustahil kerana kajian ke atas orang tua atau warga senior (berumur 60 tahun ke atas) di luar negara mendapati selepas setahun menjalani latihan cergas, ada yang mampu berlari pecut 100 meter dalam masa 13 saat. Kalau mereka boleh, tentu kita pun boleh walaupun mungkin pencapaian tidak sehebat itu.
“Apabila saya bertanya siapa mahu hidup sehingga 100 tahun, jarang ada peserta forum kesihatan mengangkat tangan. Semua menganggap apabila berumur 100 tahun kita akan jadi bongkok, penglihatan kabur, pendengaran tidak jelas, jalan bertongkat dan terpaksa bergantung hidup pada orang lain untuk aktiviti harian.
“Ini persepsi kita pada orang tua, sedangkan ramai membuktikan mereka masih boleh hidup cergas dan sihat pada usia begini,” katanya ketika pelancaran Program Kesejahteraan Warga Senior anjuran Pusat Perubatan Prince Court.
Persediaan menuju alam ‘tua’ perlu dilakukan dari sekarang kerana jumlah warga senior di seluruh dunia semakin meningkat dengan kemajuan bidang perubatan dan kesedaran menjaga kesihatan yang dijangka mencecah 976 juta pada 2025 berbanding 500 juta pada 2006. Daripada jumlah ini, 72 peratus tinggal di negara membangun.
Bukan jumlah warga senior saja yang meningkat, bahkan jangka hayat juga semakin panjang. Di United Kingdom contohnya, jumlah penduduk berumur 100 tahun bertambah daripada lima orang pada 1960 kepada 50,000 orang pada 1998. Manakala Amerika Syarikat pula mempunyai 70,000 penduduk berumur 100 tahun pada 1997.
Menurut Dr Rajbans, keadaan di negara kita juga sama dan jangka hayat penduduk bertambah panjang (purata 76 tahun bagi lelaki dan 78 tahun bagi wanita).
Malah jumlah penduduk berumur 65 tahun ke atas melonjak daripada 800,000 pada 1995 kepada 900,000 orang pada 2000 dan berdasarkan statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), jumlah warga senior di Malaysia mencecah tiga juta orang.
Malangnya, ramai daripada penduduk kita mati muda akibat penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, strok, kencing manis, tekanan darah tinggi, artritis dan penyakit lemah daya tahan badan.
Semua penyakit ini, jika tidak dikawal, boleh menyebabkan pesakit hilang keupayaan berdikari, tidak boleh bergerak dan terpaksa bergantung kepada orang lain untuk menjaga mereka.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kematian akibat penyakit kronik ini akan meningkat daripada 35 juta kepada 41 juta menjelang 2015.
Di Malaysia, jumlah kematian di hospital kerajaan yang dicatat akibat penyakit tidak berjangkit ini (kanser, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis) ialah 17,667 kes.
Mengapa warga senior berbeza?
Penuaan adalah proses semula jadi yang tidak boleh dielakkan tetapi mampu diperlahankan. Apabila umur meningkat, seluruh badan kita mengalami pelbagai perubahan di segi fizikal, psikologi dan emosi.
Antara perubahan ini ialah penglihatan semakin kabur, semua organ dalam badan (sendi, tulang, jantung, hati dan sebagainya) mula ‘mengecut’ dan fungsinya menurun perlahan-lahan; kulit mengendur dan kering; lemak mula berkumpul dalam badan; otot menjadi lebih kecil, berat badan bertambah; ketumpatan tulang menyusut dan mendedahkan seseorang kepada risiko osteoporosis; pendengaran merosot dan tindak balas menjadi lebih perlahan kerana deria penglihatan dan dengar merosot.
Dr Rajbans berkata, antara aduan yang sering diterima daripada warga senior ialah sakit sendi (artritis), sakit belakang, osteoporosis, masalah pendengaran dan penglihatan, kurang daya ingatan, kemurungan, kurang selera makan, susah tidur pada waktu malam dan cepat penat.
Namun, yang lebih dikhuatiri ialah kesan daripada gejala disenaraikan di atas, terutama jatuh - yang berlaku pada satu pertiga warga senior di seluruh dunia, kata Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Rameezan Begam Abd Rahim.
Daripada jumlah itu, kira-kira tiga hingga lima peratus menyebabkan kepatahan tulang. Kajian menunjukkan 90 peratus kepatahan tulang (termasuk keretakan) berlaku pada tulang pinggul, punggung, lengan, tulang belakang dan tengkorak yang menyebabkan warga senior hilang keupayaan untuk bergerak.
“Apabila tidak boleh bergerak, akan timbul pelbagai masalah lain seperti kemerosotan otot, sendi hilang keanjalan, ulser tekanan (pada kulit yang sentiasa mengalami tekanan) dan masalah pembentukan darah beku dalam salur darah besar akibat terlalu lama terlantar.
“Kemerosotan otot sangat cepat berlaku pada warga senior. Jika sehari terlantar atau tidak bergerak, mereka boleh kehilangan dua hingga tiga peratus daripada jisim otot.
“Malah jatuh juga boleh menyebabkan warga senior ini hilang keyakinan diri, mengurangkan aktiviti sosial, malah ada yang tidak mahu aktif semula kerana bimbang terjatuh lagi,” katanya.
Antara punca jatuh yang paling biasa ialah:
Tua dan sejahtera
“Apabila mengalami gangguan kesihatan disebabkan peningkatan umur, jangan kata ia perkara biasa dalam proses penuaan; sebaliknya segera dapatkan bantuan dengan berjumpa doktor supaya boleh menjalani rawatan atau rehabilitasi.
“Jangan tunggu sehingga kesakitan tidak boleh ditanggung baru hendak berjumpa doktor kerana dalam keadaan ini, tempoh pemulihan akan mengambil masa lebih lama, malah kos rawatan juga lebih mahal.
“Ini sebabnya kita memperkenalkan program kesejahteraan untuk warga senior untuk kesihatan fizikal, mental, psikologi, emosi dan sosial. Ia bertujuan memantau kesihatan warga senior dan mengelak mereka menjadi penghuni hospital. Tahap kesihatan warga senior cepat berubah kerana peningkatan umur,” kata Dr Rameeza.
Menurut Dr Rajbans pula, kesihatan mental juga sangat penting kerana kajian menunjukkan ramai warga senior mengalami masalah kemurungan, terutama yang tinggal sendirian atau kehilangan orang tersayang.
Berdasarkan laporan banci pada 2000, kira-kira tujuh peratus daripada 1.4 juta warga senior di negara ini yang berumur 60 tahun ke atas tinggal sendirian. Mereka bukan saja mempunyai kualiti hidup lebih rendah, malah terdedah kepada risiko jatuh dan masalah kurang zat.
“Masalah kemurungan dan emosi lebih dirasai warga senior yang tinggal di bandar besar. Mereka yang tinggal di kampung boleh keluar melapangkan fikiran walaupun sekadar berjalan-jalan di sekeliling rumah tetapi bagi warga senior di bandar, mereka hidup dalam persekitaran kecil. Hendak keluar, bimbang isu keselamatan.
“Kini jumlah warga senior di bandar jauh lebih tinggi daripada di kampung. Dijangkakan 72 peratus warga senior akan tinggal di bandar bersama anak pada 2020, terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Dengan adanya program kesejahteraan ini mereka bukan saja boleh menjalani pemeriksaan kesihatan, malah berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sosial untuk kesejahteraan minda dan emosi,” katanya.
Banyak cara boleh dilakukan untuk menjalani kehidupan sejahtera, antaranya:
Punca jatuh
> Penyakit — seperti strok, kencing manis, katarak, artritis, Parkinson dan dementia (nyanyuk).
> Pengambilan ubat — yang menyebabkan rasa mengantuk dan kurang peka. Ini termasuk ubat untuk tekanan darah tinggi dan ubat tidur.
> Persekitaran — lantai licin, terlalu banyak hamparan atau permaidani kecil, terpijak objek kecil atas lantai, lampu malap dan ketiadaan susur tangan (palang) yang boleh membantu warga tua berjalan.
> Penuaan — ini disebabkan fungsi penglihatan, pendengaran, keseimbangan, gerak tindak balas yang semakin merosot.
> Sosial — tinggal sendirian, terlantar lama, masalah tidak cukup zat (menyebabkan lemah).
Jalani hidup sejahtera
> Bersenam setiap hari mengikut kemampuan dan tahap kesihatan masing-masing
> Makan makanan seimbang
> Ambil makanan tambahan seperti pil multivitamin dan kalsium untuk menjaga kesihatan tulang, otot serta kesihatan secara umum
> Minum banyak air masak, berhenti merokok dan elak atau hadkan pengambilan alkohol.
> Kekalkan hubungan baik dengan keluarga dan rakan
> Sentiasa berhati-hati ketika berjalan untuk mengelak terjatuh
> Dapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum melakukan sebarang senaman
> Belajar perkara baru seperti komputer untuk merangsang minda
Friday, January 28, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)