Monday, December 7, 2009

USAHAWAN TAKAFUL MENJALANKAN PERNIAGAAN TERBAIK

Tiada perniagaan yang lebih baik daripada perniagaan takaful – inilah keyakinan saya sebagai usahawan takaful. Saya percaya bahawa takaful adalah sistem kewangan yang terunggul pernah diilhamkan oleh minda manusia. Tidakkah anda juga percaya? Percaya bahawa takaful adalah program yang paling menguntungkan sehingga bersetuju menyertainya – sebanyak yang mungkin?

Sekiranya anda juga adalah seorang usahawan takaful, anda pasti bersetuju bahawa adalah sukar untuk memasarkan program takaful kepada orang lain melainkan kita sendiri telah menyertainya terlebih dahulu. Persoalannya, adakah anda telah menyertai program takaful yang secukupnya? Adakah program takaful anda lengkap?

Anda mungkin beranggapan ianya telah lengkap. Anda beranggapan bahawa anda telah memiliki perlindungan takaful mengikut kemampuan anda – tetapi anda sebenarnya memerlukan lebih banyak perlindungan takaful. Anda perlu menyertai program takaful melebihi kemampuan semasa anda. Lakukanlah, dan anda akan terpaksa menggandakan aktiviti pemasaran anda untuk menjelaskan bayaran bagi penyertaan yang “tidak mampu” anda miliki. Sekiranya anda sendiri enggan menyertai program takaful melebihi kemampuan anda, bagaimanakah pula anda menanggani bantahan calon pelanggan apabila mereka berkata “Kami tidak mampu…”?

Sesungguhnya kamu meninggalkan keluarga kamu di dalam keadaan berharta adalah lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka di dalam keadaan papa kedana sehingga terpaksa meminta-minta (dan akan menyusahkan orang lain).

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Wahai anakku, carilah kekayaan dengan bekerja secara halal untuk mengelakkan kefakiran. Kerana orang yang fakir itu akan mengundang tiga perkara iaitu lemah agamanya, lemah akalnya dan hilang malunya. Dan yang lebih besar daripada ketiga-tiga perkara itu ialah manusia lain memandangnya dengan pandangan yang rendah (hina).

Pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya

No comments:

Post a Comment