Kos pembedahan penyakit ini dalam 7~8k bergantung pada umur juga....jk pecah kos akan meningkat hingga 25k
Apa itu Apendiks?
Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen)
Simptom-simptom
Peringkat awal. Tanda awal yang biasa berlaku ialah bila kita mula rasa sakit dari bahagian pusat dan kemudian melarat ke bahagian bawah abdomen/perut.
Jika radang merebak ke tisu sekitar, rasa sakit bawah perut akan rasa lebih kuat dan mungkin semakin teruk.
Loya dan muntah-muntah. Ramai yang sangka mungkin salah makan atau keracunan makanan. Maka, ubat tahan muntah dan loya menjadi pilihan ramai doktor. Ini pentingnya kita tahu gabungan gejala dan tanda sakit perut yang luar biasa.
Hilang selera makan. Bila dah selalu muntah dan rasa loya, mana mungkin nak makan dengan berselerakan? Jadi, kalau kita sakit perut lebih dari 3 hari, selera makan pun hilang, eloklah segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan rapi.
Cirit-birit. Ini antara gejala awal berlaku radang appendik.
Sembelit. Ada sesetengah pesakit appendik rasa susah nak buang air besar
Sukar kentut. Ini antara tanda/gejala penting sakit perut atau radang appendik. Memang amat susah untuk buang angin bila seseorang tu appendiknya sudah bengkak. Jadi, jangan marah kalau insan tersayang anda kentut. Itu tandanya dia sihat!
Bengkak pada abdomen/perut. Memang tak berapa nampak sebenarnya, tapi kalau betul-betul appendik kita bengkak (di dalam perut), memang akan boleh dilihat jika kita berbaring. Akan nampak sedikit bengkakan di sekitar bawah perut kanan. Biasanya kalau ditekan, memang terasa sakit dan tak selesa.
Demam. Ini soalan nombor 1 yang doktor akan tanya. Jadi, kalau ada rasa badan panas sedikit (lebih 37 degree), pastikan kita maklumkan pada doktor.
Kedudukan lutut. Bagi pesakit ini, bila ditarik kedua lutut ke arah dada, rasa sakit perut tu akan berkurang dan lebih selesa.
Anda mungkin juga meminati:
No comments:
Post a Comment