Thursday, September 3, 2015

TUGAS MURNI SEORANG KONSULTAN MAA TAKAFUL


KOTA BHARU - Wang pampasan insurans RM26,115.52 daripada MAA Takaful akan digunakan sebaik mungkin bagi merealisasikan hasrat arwah suami menunaikan haji.

Siti Mariam Sulaiman, 57, berkata, dia amat terharu kerana pelaburan yang dibuat oleh suami, Sakri Yah, 57, kini sedikit sebanyak dapat membantunya meneruskan kehidupan berikutan kini hilang tempat bergantung.

“Sebelum ini arwah ada berniat mahu mengerjakan haji tetapi tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia akibat serangan jantung awal Januari lalu.

“Pemergian arwah sangat mengejutkan kami sekeluarga terutama lapan anak kami kerana arwah sangat aktif berniaga di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong dan tidak pernah mengadu sakit. Kini anak-anak pula meneruskan legasi perniagaan arwah,” katanya kepada Sinar Harian.
Hadir sama menyerahkan pampasan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Ginen Bersatu Sdn Bhd, Mohd Tamrin Ginen, antara konsultan bagi insurans terbabit.

Mohd Tamrin berkata, bagi kes Allahyarham Sakri, MAA Takaful telah menyalurkan RM5,000 kepada Amanah Raya Berhad bagi kegunaan urusan badal haji, ibadah korban dan wakaf tunai dengan agensi terpilih.

“Ini adalah cara untuk meringankan urusan keluarga yang terlibat,” katanya.

Sementara itu katanya, bagi tahun ini syarikatnya telah mengeluarkan pampasan RM5 juta kepada pencarum insurans MAA Takaful di bawah seliaannya.

“Pampasan tersebut termasuklah kos rawatan hospital dan kematian di negeri ini sahaja. Kesedaran orang ramai terhadap kepentingan insurans ketika saat memerlukan semakin baik.

“Memang kesedaran itu ada tetapi kita kena berusaha lebih lagi un

No comments:

Post a Comment