Thursday, October 22, 2015

HIBAH

Salam All,

Amalan HIBAH elak perebutan harta

Perancangan kewangan penting kerana ia membabitkan kehidupan dua pihak iaitu kehidupan simati di alam roh dan orang yang ditinggalkan. Inilah yang dikatakan jaminan masa hadapan dunia dan akhirat.

Islam tidak mahu umatnya bergaduh dan berkeluh-kesah malah bersedih sepanjang hayat selepas berlaku kematian. Lantaran harta adalah amanah yang perlu dikembangkan, maka menurut kaedah perancangan kewangan Islam, urusan hibah dan wasiat diharuskan kerana ia dilihat sebagai perbuatan kebajikan yang bakal menjamin kemaslahatan umum.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Bukanlah suatu kebajikan itu kamu menghadapkan muka ke Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab dan nabi, dan mendermakan harta yang dicintai kepada kerabatnya, anak yatim, orang miskin, yang bermusafir, yang meminta-minta, yang memerdekakan hamba abdi, yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menyempurnakan janji." (Surah al-Baqarah, ayat 177)
APAKAH ITU HIBAH?

Hibah adalah pemberian seseorang kepada orang lain atau pihak tertentu dan pembahagian hibah itu dilakukan saat pemberi masih hidup, dilakukan oleh pemilik harta sesuai dengan keinginannya tanpa sebarang paksaan serta mengharapkan sebarang balasan ('iwad). Biarpun asalnya hibah umpama pemberian, sedekah atau hadiah namun pelaksanaannya tetap membabitkan akad.

Akad hibah hanya akan wujud setelah empat rukun dan syaratnya dipenuhi iaitu perlu ada pemberi hibah (alwahib), penerima hibah (almauhublahu), benda atau harta yang dihibahkan (almauhub) dan sighah (ijab dan kabul). Pemberi hibah mestilah seorang yang telah baligh dan berakal supaya beliau memahami dan jelas dengan matlamat pemberian hibah yang ingin dilakukan. Amalan hibah dan wasiat sebenarnya boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta di kemudian hari

No comments:

Post a Comment