Friday, October 23, 2015

About Medical Card

Assalamualaikum ..... syarat2 yang di tentukan oleh pihak INSURANS DAN TAKAFUL...keiklasan nasihat daripada saya yang boleh meringankan bebanan anda semasa berada di hospital.
Perkara-perkara yang di senaraikan di bawah ini antara sebab-sebab mengapa claim (TUNTUTAN) Insurans/Takaful anda tidak berjaya, pastikan perkara-perkara dibawah tidak berlaku bagi memudahkan proses tuntutan anda:
✔ Tidak memenuhi syarat tuntutan (contoh : untuk membuat tuntutan rawatan menggunakan kad perubatan, peserta mesti disahkan oleh pihak hospital kemasukan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Masalahnya ramai pesakit yang tidak mahu ditahan diwad, kalau boleh nak keluar lebih awal dari tempoh yang ditetapkan).
✔ Tidak cukup dokumen yang diperlukan. (contoh : jika kemasukan ke hospital bukan panel, segala tuntutan akan dibuat secara manual. Masalah akan timbul apabila dokumen seperti bil asal gagal dikemukakan atau laporan doktor tidak lengkap)
✔ Peserta mempunyai rekod perubatan yang tidak didedahkan. (contoh : Katakan anda pernah menghidap darah tinggi sebelum menyertai takaful/insurans. Anda tidak membuat pendedahan dalam polisi. Tuntutan bagi penyakit sedia ada (jika dapat dikesan) tidak akan dilayan).
✔ "POLISI LUPUT" Apabila sumbangan bulanan gagal, akaun peserta akan terbatal. Kebiasaannya dalam 7 tahun yang pertama, nilai tunai dalam polisi masih lagi sikit. Akaun peserta yang tertunggak 30 Hari berisiko untuk luput. Pada masa ini, sebarang tuntutan tidak akan diproses dan jika polisi tersebut lupus, peserta akan melalui tempoh menunggu seperti pada mula polisi disertai. (contoh : anda baru menyertai takaful untuk 3 bulan. Kegagalan membuat sumbangan berterusan sehingga 30 Hari untuk bayaran bulan ke empat akan menyebabkan polisi luput. Sebarang tuntutan dalam tempoh luput memang tidak akan diproses. Walaupun anda mula membayar caruman semula selepas tempoh luput bertujuan untuk menghidupkan polisi, anda terpaksa kembali kepada tempoh menunggu asal)
✔ Manfaat tiada dalam polisi. Anda sebagai pemilik polisi perlu membaca polisi takaful yang anda sertai dengan teliti. Kalau tak faham, tanya agent. Minta nasihat untuk polisi yang bersesuaian dengan keperluan semasa anda. ianya PERCUMA.
✔ Dalam tempoh MENUNGGU?
Ya, Setiap Polisi Takaful/Insurans mempunyai tempoh menunggu. Maksudnya anda mesti menunggu dalam tempoh yang ditetapkan sebelum membuat sebarang tuntutan.
** maksud yang muktamad pada pernyataan di atas, sila rujuk pada polisi asal.

No comments:

Post a Comment